CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Caterpillar

Friday, 8 July 2011

~ Sifat - SIfat Huruf Berlawanan ~

Syiddah dan Rakhawah

Syiddah, yaitu: 

Menahan suara sejenak di tempat makhraj, kemudian melepaskannya secara tiba-tiba bersama udara. Sifatnya kuat, lawannya Rakhawah. Hurufnya ada 8, yaitu yang tergabung dalam kalimat: 

Kalimat Syiddah

Syiddah Map





Rakhawah, yaitu:
 
Meluncurnya suara ketika melafazkan huruf tanpa ada hambatan kerana pertemuan dua organ penutur di tempat makhraj lemah. Sifatnya lemah, lawannya Syiddah. Hurufnya ada 15, yaitu selain huruf Syiddah dan Mutawassith. 

Rakhawah Map





Ishmat dan Idzlaq

Ishmat, yaitu: Huruf yang agak berat dan tidak dapat dilafazkan dengan cepat kerana makhrajnya jauh dari ujung lidah. Sifatnya kuat, lawannya Idzlaq. Hurufnya ada 22, yaitu selain huruf Idzlaq. 

Ishmat Map

Idzlaq, yaitu:
Huruf yang dapat diucapkan dengan ringan dan cepat kerana makhrajnya di ujung lidah. Sifatnya lemah, lawannya Ishmat. Hurufnya ada 6, yaitu yang tergabung dalam kata: Kalimat Idzlaq
Idzlaq Map


Ithbaq dan Infitah

Ithbaq, yaitu: Mengangkat lidah ke arah langit-langit lunak ketika melafazkan huruf. Sifatnya kuat, lawannya Infitah. Hurufnya ada 4, yaitu: Shad, Dhad, Tha dan Zha. 

Ithbaq Map

Infitah, yaitu: Merenggangkan lidah dari langit-langit lunak ketika melafazkan huruf. Sifatnya lemah, lawannya Ithbaq. Hurufnya ada 24, semua huruf hijaiyah selain Shad, Dhad, Tha dan Zha. 

Infitah Map


Isti'la' dan Istifal

Isti'la', yaitu: 
Terangkatnya sebagian besar lidah ketika melafazkan huruf. Sifatnya kuat, lawannya Istifal. Hurufnya ada 7, yaitu yang tergabung dalam kalimat: Kalimat Isti'la'

Isti'la' Map


Istifal, yaitu: 
Menuturkan huruf dengan menurunkan sebahagian besar lidah ke dasar permukaan mulut. Sifatnya lemah, lawannya Isti'la'. Hurufnya ada 21, yaitu selain huruf-huruf Isti'la'. 

Istifal Map


Jahr dan Hams

Jahr, yaitu: Tertahannya nafas di tempat makhraj ketika melafazkan huruf kerana persentuhan antara dua organ penutur sangat kuat di tempat makhraj tersebut. Sifatnya kuat, lawannya Hams. Hurufnya ada 18, yaitu selain huruf-huruf Hams. 

Jahr Map

Hams, yaitu: 
Meluncurnya nafas ketika melafazkan huruf tanpa ada hambatan, kerana persentuhan antara dua organ penutur di tempat makhraj sangat lemah. Sifatnya lemah, lawannya Jahr. Hurufnya ada 10, yaitu yang tergabung dalam kalimat:
 Kalimat Hams


Hams Map


Hukum - hukum tajwid ( Bab 2 )

HUKUM MAD
(MAD FAR'IE)


Mad Far'ie terbahagi kepada 8.

1) Mad 'Aridh Lil Sukun




Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.

Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.



2) Mad Badal


Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
  1. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
  2. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
  3. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
  4. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida')
  5. Kadar bacaannya 2 harakat.

3) Mad 'Iwad

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah.



Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.


4)  Mad Jaiz Munfashil

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.



Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.

Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
  1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
  2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
    1. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
    2. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara. 





5)  Mad Liin

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun.


6) Mad Silah Qasirah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.


7 )  Mad Silah Towilah

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie

8 )  Mad Tamkin 

Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun.



9 ) Mad Asli

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.

Mad Asli terjadi apabila:


a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.



Perhatian:
Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.







< Kata - Kata Bahasa Arab Yang Sering Di Gunakan >


Dalam bahasa ArabDalam bahasa Malaysia
Mar-habaHelo
Ahlan-Wa-SahlanSelamat datang
ShukranTerima kasih
AasifMaaf
AfwanBaik
KamBerapa?
Na'amYa
LaTidak
MabruukSelamat
YamiinKanan (arah)
YasarKiri
AnaSaya
Anta(p) / anti (w)Anda

~ Mari Belajar Bahasa Arab ~ ( Pelajaran Pertama )

Huruf ArabDiucapkan
Seperti Dalam
Audio
AlefAnak
Alef
Ba'B / PB apak/ P asar
Ba'
Ta'TT adi
Ta
Tha'TsTs abit
Tha'
JeemJJ am
Jeem
Ha'HH arus
Ha
Kha'KhKh awatir
Kha
DalDD ari
Dal
ThalDzDz at
Thal
Ra'RR ontok
Ra
ZayZZ akat
Zay
SeenSS atu
Seen
SheenSySy aitan
Sheen
Sa'dShShodaqoh
Sad
Dha'dDhD ompet
Dhad
Ta'ThTh oko
Ta'
Za'ZhZh ombi
Za
Ain''AJama 'a h
Ain
GhainGhG aransi
Ghain
Fa'FF antastis
Fa'
QafQQ omar
Qaf
KafKK amar
Kaf
LamLL ampu
Lam
MeemMM akan
Meem
NoonNN asi
Noon
Ha'HH adiah
Ha'
WawWW anita
Waw
Ya'YY akin
Ya
HamzaAA tas
Hamza